3 Hari 2 Malam di Sabah [PART 1]

10:29 PM


Salam.. 

hari tu aku ada tulis pasal pak cik teksi penipu ..masa nie baru je balik dari Kota Kinabalu, Sabah..kami ke sana hari selasa petang dan balik khamis malam.. kami ke sana seramai 9 orang semuanya.. tiket dah tempah awal-2 masa ada promosi Air Asia hari tu..kalau tak salah tiket pergi balik dari KL-Sabah = Rm180++ ..tak sure pulak nilai sebenar..

walaupun pergi kejap je, terasa kepuasan dia..memang best sangat-2..sebelum pegi, kami memang dah rancang siap-2 pasal tempat tinggal, transport dan sbg..

untuk tempat tinggal, kami stay dekat homestay.. homestay (Sri Intan Homestay) kami ambil untuk 2 malam.. malam hari selasa tu sampai, terus check in..kami sampai ke homestay malam tu dalam lebih kurang pukul 11 malam kalau tak salah..tiba je dekat airport, driver yang kami tempah sebelum tu datang jemput dan singgah makan dulu..tak ingat nama tempat tu, tapi keadaan dia macam dekat Padang Kota, Penang sebab sebelah dengan laut/pantai..

nak cari transport/driver agak susah jugak la..ada yang mahal sangat, lepas tu tak muat untuk 9 orang..cari punya cari akhirnya kawan aku ada jumpa transport siap dengan driver dengan harga yang berpatutan..siap dengan minyak lagi..cuma kalau jalan jauh je, kena tambah duit minyak sendiri dan muat untuk 9 orang..actually, muat untuk 13 orang termasuk dengan driver sekali..kami semua duduk bahagian tengah van..so bahagian sebelah driver dan belakang sekali memang kosong..boleh tahan selesa jugak..

actually kami just tempah driver dan transport je..kebetulan driver tu sebenarnya tour guide jugak, so dialah yang jadi tour guide kami sepanjang kat sana..memang sangat senang nak berkomunikasi dan dia banyak bagi cadangan tempat-2 menarik yang kami boleh lawat dalam masa yang singkat..Alhamdulillah, sepanjang kat sana memang dapat melawat macam-2 tempat menarik terutamanya pulau-2 kat sana yang airnya yang memang sangatttlah cantik dan jernih..rasa macam tak nak balik je..memang seronok giler main air kat sana..

tapi yang tu semua aku akan cerita lagi detail dalam entri seterusnya, insyaAllah..kalau aku rajin, aku akan update cepat..kalau tak, lambatlah..hehe..

so, untuk entri nie just nak bagitau homestay dan transport yang digunakan semasa di Sabah hari tu..

1) Homestay
 2 malam =  Rm320   , jadi seorang bayar Rm 35++
kami amik SUITE HIJAU, Rm160 semalam..




2) Transport (termasuk duit minyak)
3 hari = Rm750 , jadi seorang bayar Rm 88

No Fon : 014-6325772



gambar tak clear sangattt..




--> kalau korang memang tak kenal sape-2 kat Sabah dan tak tau nak pegi mana, aku cadangkan korang contact Adeng nie untuk jadi tour guide korang..serius sangat berbaloi servis dia..siap belanja kami lagi sebelum balik hari tu..hehe

Harga kat atas untuk 9 orang..untuk transport tu dah include pergi dan balik ke airport..


 lagi banyak gambar yang akan dishare nanti..nak kena edit-2 sikit gambar-2 tu..berat sangat tak boleh nak upload dalam blog..




You Might Also Like

7 kata-kata yang comel~

  1. Replies
    1. okeh, dah buat entri tadi utk pg sok..ada bykk gmbr..hehe

      Delete
  2. wah..jalan2 kat kk ye?jom la pegi tawau pulak..syurga makanan sedap tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..sbb 2 hari je..x smpt nak gi merata tempat..insyaAllah lain kali bleh gi tawau plakk..

      Delete
  3. wah x sabar nak tunggu ni...nak tengok gambar2... ^_^

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..