Salam..
jom layan drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi nie..macam best je bila baca sinopsis dia..
Drama bersiri 28 episod terbitan Zeel Productions arahan Mazri Mustafa
ini dibintangi Fahrin Ahmad, Tasha Shilla, Aiman Hakim Ridza, Fouziah
Ghous, Dato Rahim Razali, Lydiawati, Kismah Johar, Ridz Amin, Hairi
Safwan dan Syatilla Melvin.
Sinopsis Drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi
Mengisahkan tentang liku-liku hidup seorang lelaki bernama Firdaus (Fahrin Ahmad). Firdaus mengalami konflik keluarga dan cinta. Ain Farohah (Tasha Shila) seorang wanita yang difitnah bersekedudukan sehingga ditangkap khalwat dengan Firdaus (Fahrin). Firdaus dan Ain terjerat dengan rancangan Faiz (Shahrizal Jaszle) sehingga kedua-dua mereka dihalau oleh bapa Firdaus, Haji Ilham (Dato Rahim Razali).
Bagaimanapun, Firdaus bertanggungjawab ke atas Ain dengan menikahinya
dan berhijrah ke Abu Dhabi lalu bekerja sebagai jurutera kanan di sebuah
syarikat swasta. Fareez (Aiman Hakim Ridza) sebagai adik bongsu kepada
Firdaus dan Faiz berusaha untuk menyatukan kembali keluarga mereka.
Fareez juga sangat cintakan Meera (Elyssa) walaupun Meera mempunyai
kisah silam yang negatif.
Sebenarnya, Firdaus telah terlebih dahulu mencintai dan bertunang dengan
Fatin Zaharah (Fouziah Ghous). Dapatkah Firdaus mencintai Ain Farohah
seperti dia mencintai Fatin? Mampukah Fareez menyatukan kembali keluarga
mereka? Dapatkah keluarga Firdaus bersatu semula?
Rindu Bertamu Di Abu Dhabi Episod 1
jom klik SINI..







0 kata-kata yang comel~:
Post a Comment
SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!