Jangan Ganggu Aku Cerekarama TV3

9:03 PM


Salam..

Cerekarama TV3 minggu nie 23 Feb 2013 bertajuk Jangan Ganggu Aku .. Lakonan Rusdi Ramli, Yasmin Hani, Miera Liyana dan Munif Isa.




SINOPSIS

Kisah bermula mengenai Razif (Rusdi Ramli) yang berkorban segalanya untuk membesarkan adiknya sehingga dia membatalkan impiannya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pada masa yang sama berusaha bekerja dalam usia yang masih muda semata-mata mahu memastikan mereka bertiga dapat hidup sempurna.

Kesusahan hidup membuatkan dia bersikap amat tegas dan terlalu mengawal adiknya Romi (Munif Isa) yang bekerja selepas menamatkan pelajaran di universiti dan Rosma (Miera Liyana) yang masih belajar di kolej.

Romi dan Rosma selalu meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap sikap Razif yang terlalu tegas dan mengongkong walaupun mereka sudah boleh berdikari. Romi pernah menyuarakan hasrat untuk tinggal di luar, tetapi dihalang oleh Razif atas alasan pesanan terakhir ayah mereka yang mahukan mereka tinggal sebumbung walaupun selepas berkahwin.

Romi tidak tahan diperlakukan seperti budak kecil dan semuanya dikawal oleh Razif yang berlagak seperti seorang ayah. Setiap kali Romi dan Rosma menyatakan hasrat mereka untuk berdikari setiap kali itulah Razif bertegas dan melarang.


Razif juga seorang pelukis, sebenarnya dalam diam, Razif baru sedar setiap lukisan yang dilukisnya ketika dia sedang marah atau tertekan selepas bergaduh dengan adiknya membuahkan hasil yang lebih menakjubkan. Malah, lukisan itu dapat dijual dengan harga tinggi. Jika sebelum ini, lukisan Razif banyak diinspirasikan oleh kehidupannya membesarkan Romi dan Rosma, tetapi kini, pertengkaran mereka pula melontarkan makin banyak ilham.
Kerana itulah ada kalanya Razif sengaja menyemarakkan api kemarahan Rosma dan Romi supaya mereka bertengkar dan bergaduh. Razif tak mahu sumber ilhamnya iaitu Romi dan Rosma keluar dari rumahnya. Walau bagaomanapun, Razif sebenarnya terlalu sayangkan Romi dan Rosma yang bagaikan anaknya, tetapi dia tidak pandai untuk menunjukkan kasih sayangnya kepada mereka.
 

PROMO VIDEO 




jangan lupa tengok ~


p/s : nak broadband baru? KLIK SINI..


You Might Also Like

4 kata-kata yang comel~

  1. Tak tengok..... Tengok tv2 Tom Cruise...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. same la..x tgk jgk..xde tv kat kolej..klau bes, nk download je nnti..

      Delete
  2. Semalam igt nk tgk. Last3 tido. Huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. awalnye tido..hehe..klau x smpt tgk, bleh download..

      Delete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..