Dalam Setiap Sujud [RATU TV9]

11:30 AM


Salam.. 

aku baru je tau kewujudan drama nie..padahal dah nak habis pon..boring-2 tak tau nak layan citer ape, layan citer melayu pulak..

berdasarkan sinopsis, macam bes je..tapi jalan citer nampak macam tipikal je..


Dalam Setiap Sujud bersiaran sebanyak 14 episod. Lakonan Nur Fathia, Azlee Khairi dan Keith Foo, Elfaeza Ul-Haq, Syatilla Melvin, Aidil Aziz, Rozie Othman, Watie Sadali, Mak Engku dan Idris Md Diah.





Sinopsis 

Kehadiran Jannah (Nur Fathia), sukarelawan daripada Malaysia membibitkan sedikit rasa cinta di hati Hendra apabila melihatkan kelembutan Jannah melayan anaknya kecilnya yang bernama Ilah.
Konflik terjadi apabila Jannah menerima lamaran Puan Endah (Rozie Othman) yang berkenan dengan peribadi Jannah yang sering sahaja tersenyum ketika dia dimasukkan ke hospital. Puan Endah yang juga bekas majikan bapa Jannah mahukan Jannah menjadi isteri kepada anaknya, Fareez (Azlee Khairi).
Malangnya, Fareez yang suka berpoya-poya itu tidak mahu Jannah menjadi isterinya kerana dia sudahpun mempunyai pilihan sendiri iaitu Zulaikha (Elfaeza UI Haq).

Bagi Fareez, Jannah tidak layak untuk menjadi isterinya jika dibandingkan dengan Zulaikha yang lebih moden dan kedudukan Zulaikha juga lebih setaraf dengannya. Tetapi atas desakan Puan Endah, Fareez terpaksa akur dan menerima pilihan ibunya itu jika tidak dia akan kehilangan semua harta keluarganya. Sejak itu Fareez berjanji akan membuatkan Jannah tersiksa dengan hidup bersamanya.

Bagaimana pula dengan Hendra yang jauh di Indonesia tapi tidak pernah sedetik pun melupakan Jannah? Jangan lupa untuk mengikuti drama menarik Dalam Setiap Sujud ini bagi mengetahui kesudahannya hanya di TV9!


Dalam Setiap Sujud Episod 1




p/s : nanti aku akan update episod seterusnya bila dah tengok...tak sabar nak habis exammmm..


You Might Also Like

3 kata-kata yang comel~

  1. sy peminat tegar drama ni.. He3.. Best!

    ReplyDelete
  2. tengok cm best..xikut pulak dr mula..huhu

    ReplyDelete
  3. BARU TENGOK 3 EPISOD..LUPA SOKMO....TP MCM OKLA JUGAK....LAYAN JERLA...

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..