70 model telefon pintar untuk rebat RM200

10:30 AM


Salam.. 


Kuala Penyu: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) mengemukakan 70 model telefon pintar yang boleh dipilih belia bagi mendapat rebat RM200 Pakej Telekomunikasi Belia (PKB).

Menterinya, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata model telefon berkenaan akan dipapar menerusi laman sesawang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membolehkan belia membuat perbandingan harga di pasaran.

“SKMM akan terus memantau pendaftaran itu menerusi Internet dan kini 187,000 mendaftar untuk mendapatkan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia bagi pembelian telefon pintar,” katanya.

SKMM akan terus memantau pendaftaran itu menerusi Internet dan kini 187,000 mendaftar untuk mendapatkan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia bagi pembelian telefon pintar” Rais Yatim, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Himpunan Kasih Sayang, Klik Dengan Bijak dan Nilai-Nilai Murni peringkat Sabah di Menumbok, dekat sini, semalam.

Senarai premis terpilih

Beliau berkata, kementerian juga akan menyenaraikan 1,000 premis dan penjual alat telekomunikasi yang menyertai PKB di seluruh negara.

Sementara itu, SKMM berkata, sebanyak 1,000 wakil jualan dilantik oleh syarikat telekomunikasi yang terbabit dalam PKB.
SKMM berkata, perkara itu dimaklumkan oleh syarikat telekomunikasi terbabit kepadanya yang mana jumlah itu akan ditingkatkan dari semasa ke semasa di seluruh negara bagi memastikan belia dapat membeli telefon pintar 3G dengan lebih mudah.

Mereka yang berjaya mendaftar juga diminta bersabar dan menyemak senarai wakil penjual yang dilantik di laman sesawang setiap syarikat telekomunikasi atau pemberi perkhidmatan di https://komunikasibelia.skmm.gov.my/plain/dealer.html.

Model terbabit ialah iPhone 5, Samsung Galaxy S3, Samsung Galaxy Mini 2, Samsung Galaxy Y 5, Samsung Galaxy Note 2, Samsung Galaxy Ace Plus, Samsung Galaxy S3 Mini, Samsung Galaxy Note, Samsung Galaxy Nexus 10, LG Optimus LE E400, HTC Desire C, HTC One X dan HTC Wildfire S.

Yang lain ialah HTC Desire X, HTC One S, Nokia Asha 311, Sony Xperia Tipo Single, Sony Xperia SL, Sony Xperia Ion, Sony Xperia S, Huawei Ascend P1, Windows Phone 8X By HTC, Ninetology Blackpearl 2 i9400, Ninetology Stealth 2 i9500, Palette i5300, ZTE Acqua, Buzz 4G Cloud Phone dan Insight i9430. - BERNAMA 


You Might Also Like

3 kata-kata yang comel~

  1. Ok la tu Rm200, ada duit lebih boleh buat tambah2 kan..hehehe apa pun thanks la kepada gov :)

    ReplyDelete
  2. nak note 2 ja nnti tp byk lak nk tmbah..haha

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..