Review Les Miserable

9:32 PM


Salam..

semalam ke Mid Valley, sebab dah lama tak makan kat Dubu Dubu..alah yang makanan korea punya tu..

lepas dah makan tu kitorang cadang nak tengok movie..tapi tak tau nak tengok movie ape..aku takdela updatekan diri dengan movie yang tengah ditayangkan skang..

kawan aku Atim, nak tengok movie Les Miserable, so kitorang ikut je lah..tajuk macam bes je kann..pastu pegi la nak beli tiket..Ya Allah, ramai giler yang tengah beratur..pastu movie yang kitorg nak tengok nie pulak tengah selling fast..dalam hati dok berdoa tiket janganlah habis lagi..sambil-sambil beratur tu sempat kitorang fikir movie lain kalau tiket movie nie dah sold out..

bila dah sampai ke kaunter, nasib baik tiket ada lagi..tu pon dah nak habis..front seat aje yang kosong..so, amik ajelah..malas la pulak nak tengok movie lain..alang alang dah ada tu, ambik jelah walaupun front seat..tapi time tu awal lagi, kul 3pm macam tu..tiket kul 5pm..so, kitorang pusing-2 la Mid..pastu singgah makan jap kat Pancake House walaupun tak sampai 2 jam tadi makan kat Dubu Dubu..kitorang pergi situ semata-mata nak cari tempat duduk jap, dah blur tak tau nak jalan ke mana.. HEHE..




SYNOPSIS


In 19th-century France, Jean Valjean, who for decades has been hunted by the ruthless policeman Javert after he breaks parole, agrees to care for factory worker Fantine's daughter, Cosette. The fateful decision changes their lives forever.


Review Les Miserable.

Jalan cerita dia menarik..tapi penyampaian cerita tu agak boring sikit.. sebab diorang tak bercakap macam biasa, bila nak cakap je dengan nada bernyanyi..ala-ala muzikal la lebih kurang..mula-mula tu best jugak la dengar, tapi kalau semua benda asyik nak menyanyi, memang bosan la jugak..

 watak pun banyak jugak, mula mula agak confuse, tapi lepas tu dah paham..aku tak tau nak cerita macam mana, korang tengok sendiri lah..movie nie panjang jugak 2 jam 40 minit..tapi 30 minit tu iklan je..so, lebih kurang 2 jam lah movie nie..tapi, bahasa dia sangat bessstt..




Jean Valjean 
sebab curi sekeping roti je,terpaksa masuk penjara dan jadi slave selama 19 tahun..dia yang jaga Cosette sejak mak Cosette, Fantine dah takde..


Fantine
mak Cosette..terpaksa jual rambut sebab nak cari duit lepas kena buang keja..dengar kata, dia korbankan rambut dia semata-mata filem nie..



Javert
Polis yang sampai ke sudah asyik nak kejar si Jean Valjaen..sebab dia tak lapor diri lepas keluar dari penjara..memang polis yang sejati..


Cosette & Marisu 
Hepi ending untuk diorang..yang tak boleh blah, baru je pandang satu sama lain, terus jatuh cinta..cinta yang sejati pula tu..


Nielah antara watak-2 utama..

sebenarnya nie bukan review pon, just nak cakap yang aku dah tengok movie Les Miserable nie..HAHA.

You Might Also Like

0 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..