Mariam Kampung Putat

11:05 PM


Salam.. 

korang tengok ke cerekarama malam nie? tajuk dia Mariam Kampung Putat ..

blogger Hanis Zalikha berlakon dalam citer nie..teringin gak nak tengok..

tapi takde TV kat sini (kolej)..sobss..sobss..

tunggu link download keluar sok baru nak download dan tengok..


 Sinopsis Mariam Kampung Putat 

Kisah bermula dimana suatu hari ketika majlis kenduri kesyukuran diadakan di Kampung Putat, Mariam (Hanis Zalikha) secara tidak sengaja terlanggar Danial (Aiman Hakim) yang menyebabkan dulang berisi kari terkena Danial.

Selesai majlis tersebut, Mariam dimarahi dan dipukul oleh ibu tirinya, Cik Gayah Gelang Labuh dan Gaga Gebu. Sejak peristiwa itu, Mariam takut untuk keluar rumah kerana khuatir akan berjumpa dengan Danial.
Sementara itu, Danial pula ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Mariam. Tiada seorang pun yang mengetahui tentang wanita tersebut. Danial cuba bertanya kepada Cik Gayah namum Cik Gayah menjawab tidak kenal kerana terlalu ramai pekerjanya.

Dalam masa yang sama juga Cik Gayah memperkenalkan Gaga Gebu kepada Danial untuk dijadikan calon isteri tetapi Danial tidak menyukainya. Encik Hisham pula semakin mendesak Danial untuk mencari teman hidup. Danial meminta tempoh selama tiga minggu. Siapakah yang akan di pilih oleh Danial?

BARISAN PELAKON


Aiman Hakim Ridza
Hanis Zalikha
Azhar Sulaiman
 Betty Benafe
 Azad Jasmin
 Bea Rameshan
Shukry Yahya.


macam best kan??

 
*mintak tolong klik G+1 button di entri nie -->iPhone 5 gadget impian thanks a lot ^^* 


You Might Also Like

0 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..