Gambar Perkahwinan Diana Danielle Dan Farid Kamil

1:07 PM


Salam..

Tahniah buat pasangan Diana Danielle Dan Farid Kamil !






AMPANG: Dengan sekali lafaz nikah, aktres jelita Diana Danielle Danny Beeson akhirnya bergelar isteri kepada aktor dan pengarah filem, Farid Kamil Zahari dalam satu majlis yang diadakan di Flamingo by the Lake di sini, pagi Sabtu.
Pasangan itu dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama yang juga Pendaftar Kanan Perkahwinan Daerah Gombak, Daim Jajuli kira-kira pada pukul 9.12 pagi berwali hakim manakala dua rakan Farid, Ahmad Razif Hamzah dan Abdul Hamid Abdul Razak menjadi saksi.
Diana ditemani ibunya, Norsiah Ramli manakala ibu dan bapa pihak lelaki iaitu Datuk Dr Zahari Che Dan dan Datin Sharifah Bardah Idid Syed Abdyllah Idid turut hadir.
Majlis itu dihadiri kira-kira 300 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat, teman-teman rapat, rakan artis dan wakil media.
Diana, 21, menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran bernilai RM20,000 nilai pelaburan emas.
Aktres berdarah kacukan itu mengenakan baju tradisional rona putih dan merah jambu rekaan Wanpa manakala Farid, 31, segak dengan sut putih rekaan Andy.
Pihak perempuan menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang berupa motosikal mini Kawasaki KSR 110, telekung dan Al Quran, cincin Tiffany & Co, wang hantaran dan sireh junjung.
Sementara pihak Farid pula mendapat tujuh dulang hantaran iaitu tepak sireh, sebentuk cincin dan dompet, sebuah album foto, sebuah motorsikal mini, produk kecantikan Hugo Boss, majalah Polo International dan manisan.
Antara selebriti yang menyerikan majlis adalah penerbit MIG David Teo, pelakon Yana Samsudin dan Iqram Dinzly.
 
 tolong KLIK SINI ..thank u ^__^

You Might Also Like

0 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..