Sinopsis Runtun Qalbu | Slot Zehra TV3

12:00 PM


Salam..

malam nie dekat Slot Zehra TV3 akan ada drama baru bertajuk Runtun Qalbu ..Siapa yang ada TV boleh lah tengok..kat sini layan online ajelah..

tajuk drama pon dah sedap didengar nie.. 




Sinopsis Runtun Qalbu

RUNTUN QALBU menceritakan Qalbu yang melalui satu penghijrahan dalam hidupnya dari hitam kepada seorang hamba yang taat. Namun, sejauh mana dia berubah dan lari dari kehidupan lamanya, semakin itu juga dia dekat dengan hakikat dan sejarah yang pernah dilaluinya sebelum itu.

Namun pada itu, Qalbu sentiasa menjadi perhatian jirannya, Idayu yang menyimpan perasaan terhadapnya. Tanpa memikirkan soal kerja Qalbu seorang penjaga bilik mayat dan personalitinya yang pelik, diam dan tidak mudah memandang mata orang, Idayu yang juga anak kepada pemandu teksi itu tetap menyukainya.

Qalbu tidak punya hobi lain selain berada di sebuah masjid yang akhirnya menemukannya dengan seorang gadis yang kerjanya mengajar kanak-kanak mengaji, Ustazah Fatihah.

Itulah minat Qalbu, namun tidak pernah mereka berbicara hinggalah takdir menemukan Qalbu kepada Kelabu lakonan pelakon muda, Shah Iskandar yang terbabit dalam kemalangan dan akhirnya dijaganya seperti keluarga sendiri.

Kronologi perkenalan Qalbu dan Ustazah Fatihah bermula di situ di mana Kelabu yang sering menjadi orang perantara. Sayangnya, Fatihah bukannya menaruh cinta kepada Qalbu, tapi Kelabu dan membuatkan keadaan itu sangat janggal.


Pelakon Runtun Qalbu


Kamal Adli sebagai Qalbu

Fasha Sandha sebagai Idayu


Shah Iskandar sebagai Kelabu


Fida Ibrahim sebagai Ustazah Fatihah
 
 
Runtun Qalbu yang diterbitkan Excellent Pictures akan mula menemui penonton pada 21 September 2012 (hari ni) dalam slot Zehra, setiap Jumaat jam 9 malam di TV3.
 

p/s : kalau best, boleh layan jugak..


 

You Might Also Like

0 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..