Tonton Online Drama Adam Dan Hawa

11:19 AM


Salam..




 bagi yang tak langgan Astro yang tayangkan drama Adam Dan Hawa nie, jangan risau..

sebab korang still boleh tengok drama nie secara online..

 
Tonton Online Drama Adam Dan Hawa --> http://www.astrogempak.com.my/


Drama Adam & Hawa mengisahkan tentang Ain Hawani sebagai seorang remaja lepasan SPM dan bekerja di sebuah tadika yang dimiliki oleh kakak kepada Adam Muhkriz kerana mengantikan guru yang bersalin. Ain hanya bekerja sementara sahaja , kerana dia ingin menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi.

Sewaktu Ain bekerja di tadika tersebut, dia telah bertemu dengan Adam dan mula timbul rasa suka. Adam pula merupakan seorang jejaka kacak yang berpewatakan ‘playboy’ dan bekerja sebagai juruterbang. Cita-cita Ain Hawani bagaikan terhenti di tengah jalan apabila berlaku peristiwa hitam dalam hidupnya yang mana dia telah ditangkap basah kerana dituduh berkhalwat dengan Adam. Ain telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama keluarga walaupun tidak rela. Saksikan kesudahan cerita Adam & Hawa ini di Astro Mustika.





You Might Also Like

5 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..