SAMSUNG KENA SAMAN

12:15 PM


Salam..


Apple dan Samsung

Mahkamah persekutuan di San Jose, California, memutuskan bahawa syarikat gergasi telefon pintar Korea Selatan, Samsung Electronic melanggar sekurang-kurangnya enam paten yang dipegang oleh saingan dan rakan perniagaan mereka sendiri, Apple Inc. Juri memutuskan bahawa Samsung perlu membayar gantirugi sebanyak $1.05 billion.

Juri sembilan anggota memutuskan bahawa Samsung telah melanggar paten produk Apple untuk produk iPhone dan iPad pada fungsi ‘rubber-banding’, fungsi ‘tap-to-zoom’, ‘graphic user interface’ dan reka bentuk beberapa produk Apple. Pencabulan ini telah dilakukan pada beberapa produk Samsung yang telah memasuki pasaran. 

Keputusan ini dijangkakan boleh membawa kepada pengharaman langsung pada jualan beberapa produk utama Samsung dan mungkin akan mengukuhkan dominasi produk Apple di pasaran peranti mudah alih. Pihak Samsung menggelar keputusan tersebut “satu kerugian bagi pengguna Amerika.”
Sebelum ini, laman ini ada melaporkan mengenai keputusan mahkamah di Korea Selatan dimana 3 produk Apple diharamkan disana manakala hanya 1 produk Samsung yang ditarik penjualannnya. Apple juga diarahkan membayar lebih RM100 ribu kepada Samsung sebagai gantirugi.


p/s : aku guna produk Samsung dah tak pernah guna produk Apple..bagi aku, Samsung lagi best kot..

You Might Also Like

0 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..