Monorel Rosak lagi pagi tadi

8:31 PM


Salam..



Monorel Rosak Lagi 200 Terkandas


KUALA LUMPUR: Perkhidmatan monorel dari stesen Imbi ke Bukit Bintang tergendala hampir sejam pagi ini apabila sebuah tren mengalami kerosakan kecil, menyebabkan kira-kira 200 penumpang terkandas.
Jurucakap KL Star Rail, Azhar Ghazali berkata bagaimanapun kejadian pada 8.35 pagi itu tidak menyebabkan kecederaan kepada penumpang.

Beliau berkata pihaknya mendapat panggilan daripada pemandu monorel pada 8.45 pagi dan sebuah tren penyelamat dihantar ke lokasi bagi memindahkan penumpang secara "tren-ke-tren" di mana kesemua mereka berjaya dipindahkan 10 minit selepas itu.

"Operasi tidak melibatkan pihak luar. Semua penumpang selamat dan ketika kejadian, enjin, pendingin hawa dan lampu monorel berfungsi seperti biasa," katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Beliau berkata perkhidmatan disambung semula 30 minit kemudian dan punca kejadian masih disiasat.
"Bagi syarikat pengendali KL Star Rail, saya memohon maaf kepada penumpang atas kesulitan tersebut," katanya. - BERNAMA


sumber

p/s : baru je rosak baru-baru nie..nasib baik takde pape berlaku..

You Might Also Like

0 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..