Kau Yang Terindah – Slot Akasia TV3

7:43 PM



Salam..

Drama Kau yang Terindah akan menggantikan drama Dejavu di Kinabalu di slot Akasia TV3 bermula  hari ini, 6 Ogos 2012.
 

SINOPSIS 

Mengisahkan tentang Firman (Hafil Andrio Putra) yang berhijrah ke Malaysia untuk bekerja. Firman merupakan anak pembantu rumah Alisya (Neelofa). Firman bekerja menjadi pembantu bersama ibunya di rumah Alisya. Hari demi hari, Alisya telah jatuh cinta dengan Firman tetapi Firman menolaknya pada awalnya. Tetapi, lama kelamaan Firman juga akhirnya jatuh cinta kepada Alisya.

Kerana perbezaan darjat, keluarga Alisya tidak bersetuju dengan percintaan Alisya dan Firman. Keluarga Alisya telah menjodohkan Alisya dengan Kapten Syamiel (Nazim Othman). Kapten Syamiel amat mencintai Alisya.  Akhirnya, Firman akur dan berhijrah ke Mekah.

Adakah Alisya akan mencari cinta sejatinya Firman ke Mekah? Bagaimana kisah cintanya? Sama-sama kita saksikan sebuah lagi drama hebat dalam slot Akasia TV3 bermula 6 Ogos setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam.


PELAKON


 Hafil Andrio Putra
Neelofa
Nazim Othman

dan ramai lagi…
 




 

You Might Also Like

0 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..