Review Korean Movie - Gabi

8:13 AM


Salam..

lepas tarawikh semalam, sempat jugak aku tengok movie korea..tengok kat laptop lah semestinya..movie tu bertajuk Gabi atau Coffee untuk mudah paham..movie Gabi nie baru lagi, 2012 ..



pelakon pelakon movie nie, aku tak ingat nama tapi macam pernah nampak diorang berlakon sebelum nie..tapi tak ingat diorang berlakon citer ape..after movie dah habis, aku carilah nama diorang kat google..dan aku memang pernah tengok diorang berlakon rupanya..

hero : Joo Jin-Mo (berlakon dalam Kdrama Fashion 70's)
heroin : Kim So-Yeon (berlakon dalam Kdrama Prosecutor Princess)

ok,meh aku start review skang ye..

1)  Movie nie pada zaman dahulu sebelum korea merdeka rasanya..
 Mereka berdua asal dari Korea, tapi bekerja di Russia dengan merampas emas dan kopi berkualiti..

2) Kerajaan Russia sangat nakkan diorang dan akhirnya diorang ditangkap..tapi, ada seorang perempuan Jepun yang selamatkan mereka berdua dengan syarat mereka akan bekerjasama untuk meracuni King Korea.. Misi nielah yang dipanggil 'Gabi' ..

3) Hero terpaksa bersetuju sebab tak nak heroin diapa-apakan dan sepanjang mereka menjalankan misi tu, mereka kena berpura-pura tak mengenali satu sama lain..

4) Tapi, masa menjalankan misi tu, heroin tak sanggup nak racunkan king sebab dia dah tahu hal sebenar mengenai kematian ayahnya..sebelum nie ayah dia orang kuat king dan dia ingat king yang bunuh ayah dia semasa kecil dulu..rupa-rupanya ayah dia yang sanggup mati demi kesetiaan kepada king..

5) ada berlaku konflik sikit, dannnn...salah seorang daripada hero heroin mati..HUHU..sad ending rupanya...

kalau nak tengok dan download, boleh ke sini..rasanya link nie ok lagi kot..


selamat berpuasa di hari kedua..





You Might Also Like

5 kata-kata yang comel~

  1. Oooooo....
    Xpenah tengok^^
    Macam bes je..
    Nak download lah^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, baru lg citer nie rsanya..cptlah download dan tgk ye..

      Delete
  2. Oh~~ Syuhada ni suka tengok movie korea ek.

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..