Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) Pelajar IPT

8:02 AM



Salam..


 Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M)


Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) diwujudkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dengan objektif untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.

Kelebihan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia KDS1M

1. Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bakal mendapat diskaun sehingga 60 peratus untuk pelbagai produk menerusi Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) berkenaan.

2. Membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.

3. Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (kds1m) juga akan diberi kepada pelajar sarjana dan doktor falsafah.


Permohonan Kad Diskaun 1Malaysia


1. KDS1M diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas. 

2. Diskaun yang ditawarkan adalah bagi pembelian barangan dan perkhidmatan terpilih, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat yang mengambil bahagian.

3. Kad diskaun siswa 1malaysia ini akan diedarkan melalui ipt masing-masing. Info lanjut sila layari laman KAD DISKAUN SISWA 1MALAYSIA


p/s : tak sabar nak dapat..
 

You Might Also Like

7 kata-kata yang comel~

  1. wah bagus juga ek ada kad disc cam ni for siswa siswi! dulu2 mana ade

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak dpt. mcm mana nak apply?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dun wory, 'kad diskaun siswa 1malaysia ini akan diedarkan melalui ipt masing-masing'.

      Delete
  3. ala dah nak abis dah master...so rugi la xdpt..huhu

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..