Patutlah macam berkabus je hari nie, rupanya jerebu

9:24 PM



Salam..


 jerebu


KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar (JAS) memaklumkan bahawa Bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di Kuala Selangor, Pelabuhan Kelang dan Shah Alam, Selangor berada pada tahap tidak sihat.
JAS melalui satu kenyataan media memberitahu, IPU yang dicatatkan di Kuala Selangor sehingga pukul 11 pagi ini adalah 131 diikuti Pelabuhan Kelang (IPU 130) dan Shah Alam (IPU 106).

IPU kosong hingga 50 menunjukkan IPU yang baik, sederhana (IPU 51 hingga 100), tidak sihat (IPU 101 hingga 200), sangat tidak sihat (IPU 201 hingga 300) dan IPU 301 keatas menandakan IPU berbahaya.
“Kemerosotan kualiti udara mula dikesan sejak pukul 2 pagi semalam di beberapa stesen di sebelah pantai barat Semenanjung iaitu di Alor Setar dan Sungai Petani, Kedah; Seberang Jaya, Pulau Pinang dan Pelabuhan Kelang, Selangor.

“Tetapi pada pukul 11 pagi ini kemerosotan kualiti udara telah dikesan di beberapa stesen lain iaitu di Seri Manjung, Perak serta di Shah Alam dan Kuala Selangor, Selangor,” kata kenyataan itu hari ini.
Kata kenyataan itu, laporan imej satelit NOAA-18 sebelum ini menunjukkan bilangan titik panas di Sumatera, Indonesia meningkat daripada 67 titik panas pada 12 Jun lalu kepada 122 titik panas pada 13 Jun 2012.
Jelas JAS, imej satelit tersebut turutt menunjukkan asap jerebu dibawa angin barat daya yang bertiup dari kawasan-kawasan titik panas di Wilayah Riau, Sumatera Tengah menghala ke arah pantai barat Semenanjung Malaysia menyebabkan lingkaran jerebu peringkat sederhana berlaku di pinggir pantai kawasan Sumatera Tengah dan pinggir pantai barat Semenanjung Malaysia.

Justeru, kata kenyataan itu, punca utama kemerosotan kualiti udara yang sedang dialami di Perak dan Lembah Kelang pada pagi ini adalah disebabkan oleh pencemaran jerebu merentas sempadan dari Sumatera.
Sehubungan itu, kata kenyataan itu, JAS sentiasa mengawasi status kualiti udara di seluruh negara dan mengaktifkan Pelan Tindakan Mencegah Pembakaran Terbuka di semua negeri serta mempertingkatkan pelaksanaan Prosedur Tetap Operasi (SOP) Program Pencegahan Tanah Gambut Yang Mudah Terbakar bagi mencegah dan mengawal sebarang punca tempatan yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara serta penguatkuasaan ke atas pelepasan asap dari kenderaan bermotor dan pelepasan dari industri-industri dipertingkatkan.

“Dengan keadaan cuaca yang diramal agak kering di beberapa negeri di utara dan pantai barat Semenanjung, adalah dijangkakan keadaan berjerebu ini akan berterusan untuk beberapa hari akan datang,” kata kenyataan itu lagi.

Tambah JAS, orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka dan diminta berkerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan melaporkan kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 dan JAS di talian bebas to 1-800-88-2727.




 

You Might Also Like

2 kata-kata yang comel~

  1. tadi dari opis..arep nampak jugak jerebu nih,,kuat betul..

    ReplyDelete
  2. salam gan ...
    menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
    di tunggu kunjungan balik.nya gan !

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..