fREns~

Chocoletto & Susu Kambing

ads

Saturday, June 23, 2012

[NOVEL] Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik - Farisha Imani


Salam..

jom layan sinopsis novel baru keluaran Karya Seni untuk bulan Jun nie..


Suamiku Tak Romantik Tapi Autistik  - Farisha Imani

 
Semenanjung : RM30
Sabah/Sarawak : RM33


SINOPSIS NOVEL

NURA ALIA seorang gadis periang yang telah jatuh cinta dengan Syed Azmi, seorang anak Datuk yang kaya dan handsome! Walaupun dia tahu Syed Azmi seorang womaniser, Nura Alia yakin bahawa lelaki itu pasti akan meninggalkan gelaran itu demi cinta mereka bersama.
Akhirnya, dari cinta ia berubah benci! Syed Azmi juga hampir-hampir meragut kesucian Nura Alia. Nura Alia menyimpan dendam kesumat pada lelaki itu.

“Aku bencikan kau, Syed Azmi! Kau memang lelaki tak guna!” -NURA ALIA
Demi menjalankan rancangan membalas dendamnya, Nura Alia akhirnya nekad untuk menjadi babysitter kepada  abang Syed Azmi yang autistik, Syed Azwan a.k.a Boboy, budak tak cukup seringgit yang sengal! Dalam terpaksa dia rela melayan setiap kerenah Boboy.
“Boboy! Boboy memang suka menyusahkan akak, kan?! Eee… geramnya aku!” -NURA ALIA

Selama tujuh tahun, BOBOY hidup di dalam dunianya sendiri. Dunia kanak-kanak autistik yang sengaja diciptakannya demi menyembunyikan sejarah silam. Sejarah silam yang membuatkan dia menyimpan rasa bersalah sehingga ke hari ini.
Namun, semuanya itu berubah apabila Nura Alia hadir dalam dunianya. Hati Boboy berdegup lagi. Dalam diam, dia menyayangi si babysitternya itu.
 “Kita minta maaf sebab selalu menyusahkan kakak. Kita sayangkan kakak!” BOBOY

Tapi, tiada siapa yang dapat menghalang suratan takdir. Nura Alia dan Boboy akhirnya bersatu dalam sebuah ikatan. Pada saat cinta semakin bersemi, muncul pelbagai halangan yang menggugat rasa cinta yang baru hadir itu. Masing-masing masih menyimpan banyak rahsia. Rahsia yang mampu mengundang rasa kecewa dan duka dalam hati mereka berdua.
Rahsia siapakah yang bakal terbongkar dahulu? Apakah nasib ‘cinta’ yang baru bersemi dalam hati mereka itu? Adakah dari cinta sekali lagi ia akan berubah menjadi benci?

 “Maafkan abang, sayang. Selama ni abang dah tipu Lia. Abang sebenarnya bukan Boboy yang autistik. Abang masih Syed Azwan yang normal. Abang…” -SYED AZWAN


p/s : nak kena beli novel nie..macam best!



4 comments:

  1. alamakkk. kene carik ni. mcm unik je. hoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la..cam bes je jln citer dia..tp dah cari kat popular td takde..kena beli on9 la nmpaknye..

      Delete
  2. I just got to know an autistic boy recently. He's so nice and smart. Just wondering if a person fake it, err..that would be disastrous. I would really get mad! Hahaha..no offense, just my 2 cents. Anyway, thanks for sharing!

    ReplyDelete
  3. novel ni best... tp masih x jumpa lg kat kedai2 buku....

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!