Mark Zuckerberg , Pengasas Facebook dah Berkahwin

1:38 PM



Salam..




 Gambar perkahwinan Mark Zuckerberg Dan Priscilla Chan

wahh..wahhh..TAHNIAH buat Mark Zuckerberg iaitu pengasas Facebook yang telah berkahwin dengan pasangannya Priscilla Chan pada 19 Mei 2012.

Pengumuman perkahwinan ini telah dinyatakan sendiri oleh Mark di status facebooknya. Pengasas Facebook berusia 28 tahun itu yang juga merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Facebook berkahwin dengan teman wanitanya, Priscilla Chan, 27, menjadikan minggu ini paling sibuk bagi pasangan berkenaan.

Halaman profil Facebook Mark menunjukkan bahawa pasangan berkenaan berkahwin semalam dan memuat naik gambar mereka di laman sosial itu. Pasangan serasi itu bertemu di Harvard dan sudah menjalinkan hubungan mesra selama lebih sembilan tahun. Mark merupakan jutawan paling termuda di dunia melalui aset terpentingnya facebook. Faktor pengiklanan adalah sumber utama dan punca kekayaan beliau. Zuckerberg menyambut ulang tahun hari kelahiran ke-28 esok.

Laporan media menyebut tetamu-tetamu dijemput menjangkakan bahawa mereka akan menghadiri majlis sambutan hari graduan Chan, tetapi dikejutkan dengan majlis perkahwinan. Cincin perkahwinan direka bentuk oleh Zuckerberg, yang mengasaskan Facebook pada 2004. Pasangan itu kemudian berpindah ke California - lokasi ibu pejabat Facebook ditempatkan manakala Chan pula mengikuti pengajian perubatan di University of California, San Francisco. Zuckerberg menguasai 56 peratus ekuiti dalam Facebook.



 

You Might Also Like

2 kata-kata yang comel~

  1. Tahniahh Mark. Hebaklaa kau dah kawinn *bajet dah kenal lama. Hahaha.

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..