1Malaysia Pad

4:00 PM


Salam..

wahhh..Malaysia pon dah keluarkan tablet sendiri nieh..-1Malaysia Pad-

jom baca berita penuh di bawah..


1Malaysia Pad


PUTRAJAYA: MalTechPro Sdn Bhd pada Khamis memperkenalkan tablet pertama buatan Malaysia dikenali '1Malaysia Pad' yang dilengkapi aplikasi terkini dan skrin sesentuh.
Mensasarkan jualan awal sebanyak 5,000 unit dengan harga pengenalan RM999, tablet selebar 7 inci itu juga dilengkapi dengan kemudahan 1Malaysia Messenger.

Pengerusi Eksekutifnya Datuk Sohaimi Shahadan berkata menerusi kemudahan itu, pemilik tablet yang sama boleh berhubung secara percuma dengan pesanan ringkas, menghantar gambar, rakaman video dan rakaman suara.

"Tablet itu dicipta degan pelbagai aplikasi tambahan yang mesra pengguna dan bercirikan identiti Malaysia di samping aplikasi sama yang terdapat pada tablet jenama lain," katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran di sini.
Majlis itu disempurnakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sohaimi berkata tablet yang menggunakan sistem android itu juga dilengkapi dengan sambungan jalur lebar tanpa wayar dan 3G. "Syarikat kami juga bersedia untuk mengubah suai aplikasi itu mengikut kehendak pengguna yang ingin membeli dengan jumlah besar untuk kegunaan jabatan atau agensi masing-masing," katanya.

Selain itu katanya, pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai kad diskaun siswa boleh membeli tablet tersebut dengan diskaun istimewa.
Mereka yang berminat boleh menempah secara dalam talian di laman web www.maltechpro.com atau mengunjungi ejen jualan yang terdapat di seluruh negara.-BERNAMA


 sedikit ciri-ciri/specs mengenai 1Malaysia Pad


full specs tak dikeluarkan lagi..harga pon boleh tahan jugak la..Rm999 ..sape berminat, boleh lah beli yer..





 

You Might Also Like

5 kata-kata yang comel~

  1. asslamu'alaikum,

    saya sangat berminat utk tahu specs utk tablet ini,apatah lagi sebagai kebanggaan para rakyat malaysia

    tapi untuk rm999 (hanya kpd 999 unit pertama), tertanya juga apa harga sebenar dan bagaimana mereka ingin mengalahkan platform2 yang sedia ada,

    apatah lagi selepas nVidia ingin melancarkan "Kai" chips dan tablet 7" berkualiti tinggi terutamanya pada processor dan GPU pada harga $199(sekitar rm600-rm700),

    dan pada harga sekitar rm999 hingga rm1100,banyak juga pilihan yang boleh dipilih oleh masyarakat di market kini,bagi mereka yang tidak menggunakan perkhidmatan 3G,hampir dua kali ganda lebih murah

    di sini antara link bagi mereka yg berminat utk COD atau postage,tetapi sudah tentu COD lebih sesuai

    http://forum.lowyat.net/topic/2354206

    http://forum.lowyat.net/topic/2291040

    http://forum.lowyat.net/topic/2343908

    dan yang kini,antara paling popular ialah ipad2 dan ipad3,versi wifi sahaja(tanpa 3G) kini sangat hampir dengan harga yg ditawarkan MalTechPro

    http://forum.lowyat.net/index.php?showtopic=1474934&hl=

    http://forum.lowyat.net/index.php?showtopic=2348436&hl=

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam..

      sma la..tgh tggu diorg bgtau full specs..
      then compare dgn tablet yg dah ada d pasaran skang..
      sbb rsa cam nak beli tablet 1.. tp nak survey2 dlu tgk yg mna lg ok..

      Delete
  2. saya kini belajar di negara jiran kita,dan satu tablet amatlah berguna,saya kini menggunakan Samsung Galaxy Tab 7.0 Plus

    antara fungsi yang paling best ialah Skype(for sure),LogMeIn(utk control computer,asalkan ada connection pd internet for both computer dan tablet)

    saranan saya,kalau anda tidak memerlukan 3G dan dah lebih pakar dgn Android OS,lebih baik pergi ke arah itu,tetapi kalau perlukan 3G,tgk package utk data dulu,kalau mcm kat sini,package data agak murah,5Gb cuma sekitar rm45,dan boleh tahan hingga 3 bulan kalau guna dgn berjimat(tak download file2 besar setiap hari)

    Apple dan iOS sangat user friendly,dan kalau tempat anda mmg sedia ada wifi,iPad2 kini boleh dapat utk rm1000-rm1100 brand new dan warranty 12 bulan,kalau iPad3,sekitar rm1400 tetapi kalau casual use,iPad2 lebih practical pada pandangan saya

    kalau suka guna keyboard dan screen 10.1" mcm netbook,boleh cuba lihat model Asus Transformer,tablet yg boleh pasang keyboard,jadi mcm laptop,dalam keyboard tu ada bateri,so boleh tambah lagi batery-life

    kalau suka 7",Samsung 7.0 Plus,Samsung 7.0 2,Asus meMo,Huawei dan beberapa brand tablet yg kurang famous lain agak bagus



    sekian,
    pelajar UKM medic ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh..pnjg lebar penjelasan nie..suka2..skang tgh minat SG tab .. tp x sure nak pilih SG 7 / SG 7.7...kat sni mmg ada wifi..tp klau boleh nak beli yg ada 3G skali..sng ckit..

      stakat nie awk guna SG 7 ok ke?

      aah, plaja medic ukm..hehe..

      Delete
  3. setakat ni guna SG 7+ ni ok je,sangat ok sebenarnya,apatah lagi lepas install blackmarket dan sebagainya,pakai thumb keyboard pun best

    depends on macam mana penggunaan tp personally,saya rasa 7" dah cukup ok,sbb kalau nk besar2,guna laptop je

    ooo,saya kat sini tgh cari ada perbezaan patogenesis tak utk STI kalau pregnant atau tak,terutamanya utk leukorrhea

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..