Sinopsis Takdir Itu Milik Aku - Siti Rosmizah

8:49 AM


Salam..

Novel terbaru daripada Siti Rosmizah yang bertajuk Takdir Itu Milik Aku ...


RM 33.90 untuk semenanjung 
RM 36.90 untuk sabah dan sarawak



Sinopsis Takdir Itu Milik Aku 


“ Kau bukak mata kau besar-besar! Kau tengok betul-betul muka kau yang selekeh, berkerak yang buruk tu dalam cermin ni! Kau ingat aku saja-saja nak kahwin dengan kau! Hei bodohlah kau ni! Anak ini lahir bukan atas kerelaan aku! Kau tau tak betapa jijiknya aku menengok muka kau. Jijik, tahu tak! Kalau boleh hujung jari kau pun aku tak nak sentuh. Geli! Sebab yang aku rasa dekat kau selama ini, hanya benci! Benci! Benci!!! Hambur Zarif dengan kebencian yang begitu tepu di hati."

Dian Zara, seorang anak yatim piatu yang menumpang kasih dengan neneknya. Emak saudaranya, Kamsiah tidak henti-henti menyeksa hidupnya. Maki hamun, pukul, cerca sudah lali dalam dirinya. Impian gadis muda ini untuk belajar hingga ke menara gading telah musnah di tengah jalan.

Dian disuruh menjadi orang gaji. Dia akur dengan kehendak emak saudaranya. Menjadi orang gaji bagaikan memberi sinar baru dalam hidupnya. Tapi sementara cuma. Perkenalan dengan cucu majikannya telah membuka tirai penderitaan dalam hidupnya semula. Dian telah ditipu dengan janji manis seorang lelaki. Janji untuk membahagiakan hidupnya hanyalah dusta belaka.

Zarif Adha, kerjaya dan kekayaan keluarganya menjadikan dirinya seorang yang angkuh dan sombong. Keangkuhan dan kesombongannya itu menyebabkan dia tidak teragak-agak mempermainkan hidup gadis naif ini. Rupanya dalam diam ada rancangan yang diatur dengan mamanya.

Datin Munirah, ketamakannya menjadikan dia lupa pada batas agama. Tanpa belas mahu pun simpati, hidup seorang gadis sanggup dihancurkan demi mencapai visi untuk membolot harta emak mentuanya. Tapi kenapa Dian yang dipilihnya? Kenapa gadis malang ini yang menjadi mangsa mereka?

Allahuakbar! Raung Dian. Menggeletar seluruh badannya mendengar pengakuan biadab suaminya itu. Tapi itulah kenyataannya. Itulah kebenarannya. Pahit! Cukup pahit! Dan kepahitan yang ditelan oleh Dian itu menyebabkan dia bangkit dalam hidupnya. Kala itu biarpun beribu sesalan terucap di bibir lelaki ini, semuanya sudah tidak bererti padanya lagi.

Memekiklah! Meraunglah! Menjeritlah! Keluarlah air mata darah kau hingga menitis di setiap anak tangga itu sekalipun! Aku tidak akan berpaling lagi! Hatiku sudah mati! Mati buat kau! Jangan kau berani nak mempermainkan takdir aku lagi! Aku yang akan tentukan jalan hidupku! Kerana Takdir itu milik aku!




p/s : nak cari novel nie lah time Pesta Buku nanti..yeay !

 

You Might Also Like

35 kata-kata yang comel~

  1. Replies
    1. aah..novel baru nie..kalau x slh, belom diterbitkan lg..

      Delete
    2. ouhh , btw , share2 yea :D !
      #hantu novel nie .

      Delete
    3. sme laa kita..syu pon hantu novel jgk..x sbr nak baca novel..dah hmpir 2 bulan x baca..

      Delete
    4. haha , nie bole jady kwan baek novel nie . haha

      Delete
  2. wahh best..X sabar nak baca..
    Novel karya Siti Rosmizah semua best..Paling best Andai itu Takdirnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btol2..suka jgk Andai itu Takdirnya..msa tu femes time kat mtrik..so, baca kwn punya je la..siyes suka sgt jln citer dia..

      Delete
  3. X sabar nk bli...mlm ni da leh order on9..

    ReplyDelete
  4. Waktu pesta buku ade x? Nak beli!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada-2..siap ada penulis dia sekali td..

      Delete
  5. Kat mana nk carik buku ni? kt bahagian mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli secara online di siti rosmizah publications...lebih mudah

      Delete
  6. mmang best nvel ne...sya asa suma org ptut bca tau...

    ReplyDelete
  7. mmg menarik..cuma ada part yang agak meleret2..ada sikit rasa bosan...jalan cerita ada persamaan dengan novel yg terdahulu...cuma ditambah hilang ingatan...banyak pengajaran dan keinsafan dalam novel ni...ptt baca

    ReplyDelete
  8. seronok ke bosan novel nie..?
    kalau lebih kurang macam novel yang dulu je mesti bosan..

    ReplyDelete
  9. best x n0vel nie?? akhir skli dian 2 ngan zarif jugak ke??

    ReplyDelete
  10. nk beli lah n0vel nie.... tp ending die cm new yer???

    ReplyDelete
  11. adakah citer ni lbh kurang sama jer dgn cerita 7 hari mencintaiku...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jln cirta novel ni agk menarik...ni x sbar nk bli ni
      tpi kbanykan jln cta novel yang ditulis agak sma
      tpi bestnya pun sama

      Delete
    2. jln cirta novel ni agk menarik...ni x sbar nk bli ni
      tpi kbanykan jln cta novel yang ditulis agak sma
      tpi bestnya pun sama

      Delete
  12. jln crita novel ni agak mnarik walaupun nampak lebih kurng mcam novel terdahulu
    apa apa pun mestin novel ni mmpunyai keistimewaanya tersndiri

    ReplyDelete
  13. novel ni separuh jalan dah boring sebab asyik dok ulang part sama je bila zharif adha mintak maaf kat dian... agak kureng bagi saya

    ReplyDelete
  14. betul...tak best mana part keji, kejiannya sungguh2 pas tu berulang2. part sayang kata2 romantiknya sampai muak dibaca....feeling hilang

    ReplyDelete
  15. Nama hero zharif adha. Alololo, cam zaquan adha pulak. Terbantot hasrat nak beli dan baca..

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..