Sinopsis dan Trailer Filem 3 Temujanji

11:58 AM


Salam..



Tak lama lagi Filem 3 Temujanji lakonan Pierre Andre dan Yana Samsudin  akan datang di pawagam pada 5 APRIL 2012 nie.



Sinopsis Filem 3 Temujanji

Filem 3 Temujanji mengisahkan seorang wanita bernama Riana yang tidak mempercayai lelaki dan cinta dalam hidupnya. Prinsip Riana mudah, cinta hanya membawa sengsara dan semua lelaki sama saja tak guna.

Hal ini menyebabkan Reanna menetapkan setiap hubungannya dengan lelaki tidak akan lebih dari tiga temujanji sahaja. Selepas tiga temujanji, mereka akan berpisah dan tidak akan berhubungan lagi. Dengan cara ini Riana percaya yang dia akan dapat menikmati keseronokan bercinta tanpa perlu sengsara.

Segala-galanya berubah apabila muncul Mukhsin, seorang lelaki yang sangat teruja dengan perkahwinan ke dalam hidup Riana. Mukhsin yang kecewa ditinggalkan kekasihnya, Adira, memilih untuk bersama Riana untuk tiga temujanji. Sikap Mukhsin yang jauh berbeza dari lelaki lain, temujanji-temujanji yang lain dari yang lain serta hadiah istimewa yang diterimanya setiap kali bertemujanji menyebabkan Riana gagal menahan hatinya lalu jatuh cinta.

Sayangnya selepas temujanji mereka yang terakhir, Riana gagal merendahkan egonya lalu mereka berpisah membawa haluan masing-masing seperti yang dijanjikan semasa awal perkenalan. Riana mula belajar merasa perit berpisah selepas jatuh cinta. Akhirnya Riana sedar kebodohannya lalu mengejar Mukhsin. Malangnya semuanya telah terlambat. Adira telah kembali kepada Mukhsin dan mereka telah pun mengikat tali pertunangan.


 Trailer Filem 3 Temujanji




*update*

nak download ? klik SINI ..



You Might Also Like

5 kata-kata yang comel~

  1. ni yang ambil dari sinema malaysia tu e. nama mikhail tu sebenarnya mohsien.

    ReplyDelete
  2. Sedih juga pengakhiran nya.. Adakah Reanna berjaya merebut kembali cinta dari Mikail? Kena tonton la camni kan :)

    ReplyDelete
  3. movie ni macam sweet lah pulak kan.. suka yana...

    ReplyDelete
  4. kitorang dah tengok, boleh baca review Filem 3 Temujanji di KakiWayang.com

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..