CEREKARAMA : Alamak 7 Hari Lagi ( 31 MAC 2012 )

8:55 AM


Salam..


Seperti biasa, malam nie pukul 10 malam di TV3 akan ditayangkan slot cerekarama.. Cerekarama malam nie, 31 MAC 2012 bertajuk Alamak 7 Hari Lagi .. Antara pelakon yang terlibat dalam cerekarama nie ialah Kamal Adli, Sara Ali, Izara Aishah dan ramai lagi.


SINOPSIS  CEREKARAMA : Alamak 7 Hari Lagi 

 Drama ini mengisahkan tentang konflik yang berlaku pada pasangan Harris (Kamal Adli) dan Diana (Izara Aishah) ketika merancang perkahwinan mereka. Diana lebih serius dan bersungguh-sungguh manakala Harris seperti acuh tidak acuh memberikan kerjasama untuk perkahwinan mereka. Sebagai sahabat rapat, Andi menasihati Harris supaya menghargai kesungguhan Diana. Suatu hari, Diana memperkenalkan perancang perkahwinan mereka iaitu Huda kepada Harris. Harris terkejut kerana sebelum ini dia dengan Huda bergaduh sepanjang dua pertemuan mereka. Diana menerima panggilan dari Andi yang memberitahunya bahawa dia dan Diana harus ke Pulau Pinang untuk bertemu dengan pelabur. Diana mengarahkan Harris untuk bekerjasama dengan Huda untuk memastikan perancangan majlis mereka berjalan lancar. Apakah yang berlaku seterusnya? 


PROMO CEREKARAMA : Alamak 7 Hari Lagi 





mesti best kan sebab ada Izara berlakon..hehe.. ^__^ tapi..macam pernah baca je jalan cerita nie..novel ke movie entah..tak ingat..

Wang Tunai RM5000 Dilancarkan

 

** update**

cerekarama boleh download di sini.. 


OST Alamak 7 Hari Lagi

 Tiga Kali - Andy Flop Poppy  (The Malayan)
 
 (lagu nie belum release lagi, tapi boleh dengar di sini )

LIRIK LAGU


tiga kali kau pergi meninggalkan ku seorang diri
tiga kali kau pergi mungkin tak mungkin akan kembali
pintu hatiku menanti waktu menahan rindu
rasa gelora bila tiada untuk bersama

tiga kali kau pergi meninggalkan ku seorang diri
tiga kali kau pergi mungkin tak mungkin akan kembali
pintu hatiku menanti waktu menahan rindu

rasa gelora bila tiada untuk bersama
sampai bila harus begini
kau datang dan pergi
persoalan dan tanda tanya
apakah aku masih dicintai

pintu hatiku menanti waktu menahan rindu
rasa gelora bila tiada untuk bersama

pintu hatiku menanti waktu menahan rindu
rasa gelora bila tiada untuk bersama
 
Nak tiket ke pratonton filem baru, Marvel's The Avengers?  

You Might Also Like

4 kata-kata yang comel~

  1. review aku tentang cerita ni

    http://mynameisnazir.blogspot.com/2012/04/proposal-melayulah-sangat.html

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..