Telefilem sempena Maulidur Rasul - Runtuhnya Sebuah Dosa

8:30 AM


Salam..

sempena Maulidur Rasul nie, 5 februari akan ditayangkan telefilem  Runtuhnya Sebuah Dosa lakonan Remy Ishak dan Tiz Zaqyah di TV3 pada pukul 10 malam..

tajuk macam menarik, boleh lah tengok nanti..tapi bila dah ada link untuk download lah..nak tengok dekat TV tak boleh, sebab takde TV..sobs..sobs..



SINOPSIS   Runtuhnya Sebuah Dosa

Tragedi tanah runtuh telah menjadi titik baru di dalam kehidupan dua keluarga yang menjalani kehidupan yang berbeza. Shahdan mengahwini Manisa dan mempunyai dua anak iaitu Emelda dan Daniel. Mereka menjalani kehidupan yang sosial manakala Mansur berkahwin dengan Cempaka dan dikurniakan dua anak iaitu Rashidi dan Amira.

Cempaka begitu tabah menghadapi kematian Mansur akibat tragedi itu namun Manisa tidak dapat menghadapi kematian Shahdan. Setelah terjaga dari koma Emelda menginsafi segala perbuatannya dan dia mula rapat dengan Rashidi yang membantunya ke jalan yang benar. Namun Danial tidak dapat menerima perubahan dalam diri Emelda tetapi segalanya berubah setelah dia mendapat bayangan arwah bapanya.




Antara pelakon hebat lain yang membintangi telefilem arahan Erma Fatima ini antaranya Puteri Fatin, Beto Kusyairy,  Aziz Singah, Azizah Mahzan, Datuk Rahim Razali, Liza Zain.


 






 

memang ayu kalau Tiz Zaqyah pakai tudung kan..

 sumber: GUA






You Might Also Like

1 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..