Cinta Kura Kura

12:49 PM


Salam..

tak lama lagi akan ditayangkan filem Cinta Kura Kura di pawagam..



pelakon utama --> Tiz Zaqyah dan Aeril Zafril


SINOPSIS Cinta Kura Kura

Cinta Kura-Kura mengisahkan tentang seorang gadis ceria berusia 21 tahun bernama Nani bersama binatang peliharaannya, Nico. Nico adalah seekor kura-kura spesis terancam dan ia mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu boleh bercakap dengan manusia, tapi sekiranya dia mahu melakukannya...

Kisah romantik komedi ini bermula disaat Nani berpindah ke rumah abangnya, Amin. Jiran Nani, Adam telah jatuh hati dengan Nani sejak kali pertama dia memandangnya. Tetapi Nico tidak suka dengan Adam lalu berusaha mensabotaj usaha Adam untuk mendekati Nani. Dalam masa yang sama, Nico mempunyai calon kegemarannya sendiri iaitu Fadzly, seorang pengurus kedai haiwan untuk berpacaran dengan Nani.

Walaubagaimanapun, Fadzly mempunyai motif jahat untuk mendekati Nani bertujuan untuk menculik Nico dan dijual ke sebuah restoran sebagai makanan eksotik. Filem cereka berkonsep fantasi romantik komedi ini julung-julung kali menampilkan teknologi CGI bagi animasi watak Nico, disampaikan dalam babak serta dialog lucu sesuai untuk tontonan umum.


Dibintangi:
Tiz Zaqyah, Aeril Zafrel, Zizan Razak (Raja Lawak), Shy8 (Ucop Wilcha), Fara Fauzana, Fizz Fairuz, Bob AF2, Norhayati Taib, Munir, Harun Salim Bachik, Tauke Raja Lawak, Daus AF8



 baca sinopsis, macam best jer..tapi tak logik pon ada jugak..apa-apa pon, nanti tengoklah macam mana..best ke tak ye..

 

sumber: Cinta Kura-Kura Facebook page, http://www.facebook.com/cintakurakura

klik sini untuk tahu macam mana nak menang iPhone 4S.

 

You Might Also Like

1 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..