best ke Drama Kasih Alia

12:54 PM

Salam..


semalam aku ada banyak masa free...
maklumlah, short case dah habis..
so, apalagi..blogwalking lah kann...
tak guna tenaga pon..

kalau tak, mesti penat nye..
kan bulan puasa sekarang nie..

masa BW tu, banyak jugak blog yang citer pasal drama Kasih Alia nie..
ramai yang cakap best..
 pelakon dia pulak Fida Ibrahim dan Iqram Dinzly..
aku minat jugak diorang nie..
rasa macam nak tengok je..




tapi, kena tengok online jelah..huhu..
hope internet laju lah...

kalau korang nak tengok trailer drama nie, tengok kat sini ye..

nak baca sinopsis tengok bawah ea..


SINOPSIS DRAMA KASIH ALIA TV3

Kasih ( Fida ) dan adiknya, Qabil membesar dalam limpahan kasih sayang daripada ibu bapa mereka, Shariff dan Zulaikha. Dunia mereka berubah dalam sekelip mata selepas kehilangn ibu tersayang dalam sebuah kemalangan maut. Kasih dan Qabil berpindah ke Kuala Lumpur dan terkejut apabila berjumpa dengan keluarga Shariff. Rupa-rupanya ibu mereka ialah isteri kedua dan kehadiran mereka tidak dapat diterima oleh isteri pertama Shariff, Yuhanis.
 
Disebabkan kebencian Yuhanis terhadap Zulaikha yang dianggap sebagai penggoda dan perampas suami, Yuhanis bukan sahaja memberi layanan buruk malah tidak membenarkan anak-anaknya, Qistina, Qasrina dan Qausar untuk bergaul dengan Kasih dan Qabil. Hanya Qausar yang hampir sebaya bercakap dengan mereka. Kasih dan Qabil hanya menumpang kasih daripada pembantu rumah, Mak Timah kerana Shariff jarang berada di rumah dan Yuhanis pandai bermuka di hadapan suaminya.

Yuhanis semakin benci dan meluat melihat kedua-dua anak Zulaikha dan telah mengambil langkah untuk meninggalkan adik beradik tersebut di bandar. Kasih dan Qabil yang bingung telah diculik oleh sindiket menjual kanak-kanak. Qabil telah dijual kepada sindiket yang membeli organ budak manakala Kasih pula dijual kepada sindiket pengemis. Sejak itu, Kasih tidak pernah mendengar khabar daripada adiknya dan menganggap Qabil telah terkorban dalam pasar gelap itu.

Kasih telah dilanggar oleh sebuah kereta sewaktu mahu melarikan diri. Maya dan Kamil yang baru kematian anak perempuan telah menyelamatkan Kasih. Setelah mendengar cerita Kasih, mereka telah mengambil Kasih sebagai anak angkat dan menggunakan identiti anak perempuan mereka iaitu Alia.
Bermulalah lembaran hidup baru Alia bersama keluarga barunya dan berpindah ke Timur Tengah apabila Kamil ditawarkan sebagai jurutera carigali minyak. Sementara itu, Shariff tidak pernah berputus asa untuk menjejaki Kasih dan Qabil.

Selepas 15 tahun, Alia pulang ke Malaysia dan bekerja dengan Eric sebagai pereka hiasan dalaman. Eric tertarik dengan personaliti Alia tetapi Fazril telah memulakan langkah terlebih dahulu untuk memikat Alia.

Hubungan Fazril dan Alia berjalan dengan baik sehingga Alia diberitahu bahawa keluarga Fazril berjaya menyelamatkan Fazril yang menghidap sakit jantung dengan membeli organ dari pasaran gelap lebih kurang tempoh yang sama semasa Qabil hilang. Mengenangkan nasib adiknya yang menjadi korban sindiket, Alia mula berasa benci dan menjauhkan diri daripada Fazril.
Pertemuan Alia dengan Qausar telah memaksa Alia berdepan semula dengan kisah silam dan kenangan pahitnya. Dapatkah Alia memaafkan Shariff dan Yuhanis? Apakah kesudahan cinta antara Alia, Eric dan Fazril nanti?

credit to :http://lagisensasi.com/


p/s: nak menang duit raya??

You Might Also Like

6 kata-kata yang comel~

  1. So far tgk sinopsis and drama ni..ok la..
    Plus pelakon2nya kali ni semua yg top2..

    ReplyDelete
  2. best ke cerita ni? nak join tengok la, hehehe :D

    http://miss-dya.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Akak pon ade jugak tengok beberapa episod.. Agak menarik.. Akak suka lakonan Sheila Rusly sebenarnya.. :)

    ReplyDelete
  4. cerita ni time buka posa duk layan,syok woooooooo! tak sabar tunggu kasih besau ,hehe

    ReplyDelete
  5. nak lagu pendek ost cite ni leh x?
    ade link or pe2 x?
    klau ade tlg anta at email ni eh..iera_paan@yahoo.com

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..