Sinopsis Drama Supermak di TV3

12:55 PM


Salam..

minggu depan ada drama baru bertajuk Supermak yang bakal menggantikan drama Juvana yang baru aje habis..




Pelakon dalam drama Supermak nie ialah Nasha Aziz,Azhan Rani, Zul Yahya, Rosli Sako, Zara Zya, Syawal, Henzy Andalas, Nelly dan Haider Harris .

Drama nie akan mula ditayangkan pada  25 Julai 2011, setiap hari Isnin jam 9.00 malam.


SINOPSIS

SUPERMAK mengisahkan tentang seorang ibu dan surirumah, Amy Salim yang mempunyai kekuatan dan kelajuan seorang adiwira. Keistimewaan ini diwarisi dari keturunannya, iaitu dari nenek moyang Amy, Thani, yang berasal dari kepulauan Riau. Termasuk Thani, empat suku dari kepulauan tersebut telah dianugerahkan lima keistimewaan yang berlainan oleh seekor burung garuda yang bertukar menjadi seorang wanita setelah diselamatkan oleh Thani. Namun, setelah beberapa generasi, Bashar yang memiliki kuasa api kini muncul untuk merampas sesuatu dari simpanan Amy untuk merealisasikan niat jahatnya. Apakah yang akan terjadi seterusnya dan siapakah lagi yang akan tampil dengan keistimewaan dari mitos ini?



 
 pelakon-pelakon drama Supermak ..


p/s: kalau bes,boleh lah tgk nanti..

You Might Also Like

3 kata-kata yang comel~

  1. tengok iklan die macam best..harusla tengok =)

    ReplyDelete
  2. mmmmm... x sabaq nak tgk..... shoting drama ni kat umah cc saya at putrajaya.... tu yg bertambah x sbq nak tgk....

    ReplyDelete
  3. memang tunggu la citer ni... macam bez je.. lagi2 nasha aziz berlakon.. hehe~..

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..