Sinopsis Drama Ramadhan Terakhir di TV3

12:21 PM


Salam...

sempena nak masuk bulan Ramadhan nie...banyak drama baru berkisarkan pasal bulan Ramadhan kan...

antaranya drama nie laaa kan..

jom kita baca sinopsis  Drama Ramadhan Terakhir nie..





Sinopsis Ramadhan Terakhir


Ramadan Terakhir mengisahkan Hisham seorang usahawan yang berjaya berusaha membimbing isteri dan anak-anaknya untuk kembali ke jalan yang benar di sisi agama Islam. Dia disahkan mengidap kanser kronik dan mempu untuk bertahan beberapa bulan saja lalu bertekad untuk membetulkan semula haluan hidup beliau yang begitu tercemar dengan pelbagai dosa sepanjang hidupnya.

Perubahannya itu telah dipandang sinis isterinya Mazni yang terus hanyut dibuai keenakan dan keseronokan. Apa lebih menyedihkan, anak lelaki mereka Daniel turut melakukan pergaulan dan perlakuan tanpa batas bersama teman wanitanya Rossa.
Pada masa yang sama Hisham sering bermimpi didatangi seorang wanita yang dikenali bernama Khadijah yang telah meninggal dunia. Kak Hawa, pembantu rumah mereka pula memutuskan untuk menamatkan perkhidmatannya. Kekosongan itu pula bakal di isi Sakinah seorang gadis bertudung, lemah lembut dan kukuh didikan agamanya. Pengambilan Sakinah sebagai pembantu rumah baru juga adalah satu agenda tersirat Hisham dalam melaksanakan misi kekeluargaannya. Siapakah sebenarnya Sakinah? Apakah maksud sebenar di sebalik kehadiran Khadijah dalam mimpi Hisham?


drama nie ditayangkan pada setiap hari Selasa - Khamis 10.30 malam di TV3..

Antara pelakon yang terlibat Esma Daniel, Fazlina Ahmad Daud, Tasha Shilla, Aeril Zafril, Eyka Farhana dan Nur Anzalna.


p/s: kebanyakan pelakon baru kot..tak pernah dengar nama pon..ke aku je yang memang tak kenal??
 


You Might Also Like

6 kata-kata yang comel~

  1. a'ah la ramai plakon baru..muka tu ada yg wa perasan..ada yg xperasan

    ReplyDelete
  2. adik beradik ogy ahmad daud ke puan mazni tu?

    ReplyDelete
  3. dah start ke? aritu tgk iklan je...termiss kot episod awal..kene tengok kat tonton balik ni

    ReplyDelete
  4. pelakon baru , macam berilmu je cerite nie , mahu ngusha jugak la ~
    thanks sharing this!

    ReplyDelete
  5. Suka tengok citer ni, baru nak tanya si MaZNI tu adik beradik ogy ke/ muka dia iras2..

    ReplyDelete
  6. bila tengok tonton rse mmg mcm menarik cter ni...ada input

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..