Sinopsis Bini-biniku Gangster 2011

4:37 PM


Salam...

aku nak share satu lagi filem nie...

Filem nie akan ditayangkan pada 22 September 2011 nie...Filem nie diterbitkan oleh Metrowealth Pictures dan diarahkan oleh Ismail 'Bob' Hasim.

lambat lagi laa..lepas raya nanti..

Antara pelakon yang terlibat adalah Shaheizy Sam sebagai Herry (pelakon utama), Yana Samsudin sebagai Manja (pelakon utama), Intan Ladyana sebagai Reanna (pelakon utama), dan Zul Handyblackc sebagai Muza (pelakon pembantu).




 Sinopsis Bini-biniku Gangster 2011

 Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.

Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.


credit to: haris kaito

You Might Also Like

5 kata-kata yang comel~

  1. wahh laku betul shaheizy ni yer...

    ReplyDelete
  2. tak sbr nk tggu movie ni kuar..huhuhu

    ReplyDelete
  3. hahaha... sam ni memang suka la bawak citer gengster2 ni... hehehe... bini dia kak long ke?.. hahaha..

    ReplyDelete
  4. sam lagi?huhu
    bile tgk sam berlakon, minat nak tgk..
    tp jln cite mesti xbest mane pn..

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..