Ketagih INTERNET -punca otak mengecut

2:53 PM



Salam..

jom baca pasal kajian nie..




Kajian terbaharu di China mendapati penggunaan Internet secara berlebihan oleh golongan remaja boleh menyebabkan otak mereka mengecut. Kajian berkenaan menyatakan, kematian tisu otak boleh berlaku di kalangan remaja yang ketagih melayari Internet. 

Keadaan itu boleh membawa kepada kemerosotan daya tumpuan dan ingatan selain mengurangkan perasaan malu golongan remaja untuk melakukan perbuatan tidak sihat.

Kajian tersebut melibatkan penggunaan mesin pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk merakam imej otak 18 pelajar universiti berusia 18 tahun yang melayari internet selama 13 jam sehari, enam kali seminggu. Kumpulan penyelidik berkenaan membandingkan imej MRI tersebut dengan imej MRI kumpulan pelajar yang melayari internet cuma dua jam sehari. Selepas perbandingan dibuat, mereka mendapati korteks atau bahagian kelabu pada otak 18 pelajar yang ketagih Internet itu mengecut berbanding rakan mereka yang kurang melayari internet.

Bahagian korteks otak berfungsi untuk memproses ingatan, emosi, pertuturan, penglihatan dan pendengaran di samping mengawal pergerakan anggota manusia. Kajian itu membayangkan ketagihan Internet pada jangka panjang boleh membawa kepada kemerosotan struktur otak.

Kajian itu dilakukan oleh sekumpulan pakar neurologi dan radiologi beberapa universiti dan hospital di China. Dianggarkan seramai 24 juta remaja negara berkenaan ketagih melayari Internet tak termasuk berjuta lagi di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Ulasan artikel asal : Kosmo

 
p/s: betul ke tidak, tak sure laa..yang penting janganlah online terlalu lama.. (pesanan kepada diri sendiri)..





You Might Also Like

8 kata-kata yang comel~

  1. huhu dah x bole kawal ketagihan internet

    ReplyDelete
  2. sy nk mohon share bley?pnting nie..mcm dh blaku kt sy jer..huk3..

    ReplyDelete
  3. @anis aneesa
    bleh2.
    lbih baik sbrkan..sbg lgkah brjaga-jaga/ingat mengingati..

    ReplyDelete
  4. haha..ada ifa baca td..terus tersentak sendiri..hihi

    ReplyDelete
  5. haaa camne nak kawal ni..hehe rase macam kene batang idung sendiri..

    ReplyDelete
  6. WOW so nice......tht its good syuhada..i like your writer

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..