Drama Nora Elena di TV3

2:16 PM





Salam…

Semalam,9 Mei, ada drama baru yang bertajuk Nora Elena di TV3 pada pukul 7 malam..
Sebenarnya drama nie diadaptasi daripada novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha..
Aku tak sure pulak sama ada dah baca novel nie ke tak..tapi aku rasa macam dah baca..
Jalan cerita dia pon best..





Antara pelakon yang membintangi drama Nora Elena adalah  Siti Saleha sebagai Nora Elena , Aaron Aziz sebagai Seth Tan , Wan Sharmila sebagai Yvonne, Miera Liyana sebagai Maria Tan, Ery Putra, Zul Ariffin sebagai Eid, Fateen sebagai Adila, Ana Dahlia sebagai Azira dan ramai lagi…


antara pelakon yang membintangi drama Nora Elena ..


Jom kita baca synopsis drama Nora Elena..

SINOPSIS DRAMA NORA ELENA DI TV3

Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu  tu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat.
Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan berkahwin, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya lah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berkahwin dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf tapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya tu.
Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hari Nora Elena? Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth?


 best kan?? aku jarang tengok drama melayu..tapi, sebab drama nie diadaptasi daripada novel. so aku berminat nak tengok..

jom tengok sama-sama malam nie di Tv3 pukul 7 malam...

nielah cover novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha..




You Might Also Like

3 kata-kata yang comel~

  1. saya pun layan gak semalam.
    jom join giveaway
    http://mummysyafie.blogspot.com/2011/05/mummysyafie-giveaway.html

    ReplyDelete
  2. citer ni start semalam kan macam best jek tgk citer ni

    ReplyDelete
  3. best ke cerita ni?? hehe.. xpnah tgk..

    ReplyDelete

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..