ImAn SuRaya

12:36 PM

Salam..~!!

kali nie aku nak citer pasal novel nie pulak..

novel yg bertajuk Iman Suraya..

penulis novel nie...Areila Sahimi..

aku memang minat dengan novel tulisan Areila Sahimi nie..

hampir semua novel yang dia tulis aku dah beli..

Iman Suraya nie novel Areila Sahimi yang paling latest..

aku ingat nak beli on9 je kot novel nie..

dekat Kaki Novel..

siap ada diskaun utk ahli Kaki Novel nie..

Okeh..kat bwh nie ada sinopsis novel ImAn SuRaya..




Iman Suraya 

 

Ajal maut, jodoh pertemuan semuanya di tangan Tuhan.  Di Tanah Mahsuri Iman Radhiff dan Suraya Dania bertemu.  Suraya ke sana sekadar mahu menghiburkan diri sebelum bergelar seorang isteri.  Iman pula membawa diri apabila kisah cintanya tidak menjadi.  Di sana mereka berkenalan dengan status berkawan.  Sekembalinya ke tempat tinggal masing-masing, mereka meneruskan kehidupan seperti sedia kala.  Suraya sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri kepada Azim dan Iman pula sedang belajar untuk menerima realiti pada takdir cintanya yang dirasakan perit sekali.

 

Takdir Tuhan, tiada siapa yang dapat menghalangnya.  Mungkin sudah tertulis bukan jodoh Suraya dengan Azim apabila tunangannya itu pergi mengadap Ilahi.  Dia tabah meneruskan hidup bersama kenangan dengan lelaki kesayangannya itu. Walau siapa pun yang datang, dia berusaha untuk terus kukuh setia bersama cinta arwah tunangannya.  Iman pula, sekembalinya ke rumah, Iman masih dibelenggu  oleh rasa cinta kepada si kakak iparnya yang dahulunya kekasih hatinya. Namun, seringkali juga kenangan bersama tunangan orang itu datang bertubi-tubi.  Cinta tanpa isyarat.  Datangnya tanpa sedar.  Akur.  Dia jatuh cinta untuk kali kedua.


Selang beberapa tahun mereka berdua bertemu semula tanpa diduga.  Di situ persahabatan kembali terjalin antara mereka. Namun, tingkah Suraya tidak lagi seperti dahulu yang banyak cakap, periang dan selamba tetapi kelihatan diam dan sedikit muram. Tetapi azam di dada, hati gadis itu harus dicuri lantas tidak menyedari di belakang gadis itu sentiasa ada Norman Hakim, lelaki yang punya potensi untuk mana-mana gadis di luar sana jatuh cinta padanya.


Susahkan?  Bila kisah cinta sudah jadi ala-ala filem Hindustan.  Mujur ada ‘Wonder Pets’ yang sudi membantu dan melengkapkan kisah cinta mereka....


kalau korang nak beli secara on9..

klik ---->  IMAN SURAYA



You Might Also Like

2 kata-kata yang comel~

SilA-siLalaH kOmEn yEr~!!

BEST..